Thursday 8 September 2016

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Darliana Mohamad, Baba Md Deros dan Ahmad Rasdan Ismail


Abstrak: Data antropometri untuk sesuatu populasi adalah amat penting bagi proses rekabentuk dan pembuatan sesuatu produk atau tempat kerja. Walaupun kepentingan data antropometri dapat dilihat dengan jelas namun sehinga kini masih belum terdapat pangkalan data antropometri  yang dibangunkan bagi mewakili populasi rakyat Malaysia. Kertas kerja ini membentangkan mengenai keputusan kajian data antropometri yang telah dijalankan ke atas rakyat Malaysia. Tujuan kajian pengumpulan data ini dilakukan adalah untuk membangunkan satu pangkalan data statik untuk rakyat Malaysia bagi memudahkan suatu rekabentuk dan pembinaan kemudahan diwujudkan. Seramai 408 individu diukur yang terdiri daripada 193 lelaki dan 215 wanita. Sebanyak 18 data antropometri dikumpul bagi setiap individu. Data dikumpul menggunakan cara pengukuran manual iaitu dengan pita pengukur dan pembaris. Penulis percaya data yang dikumpulkan ini dapat mewakili ukuran badan rakyat Malaysia secara umum.  

Kata kunci: Antropometrik, Ergonomik, Malaysia

Fulltext PDF

0 comments :

Post a Comment