Thursday 8 September 2016

ANALISIS OWAS DAN RULA KE ATAS OPERATOR PENGENDALIAN MANUAL DI INDUSTRI AUTOMOTIF

ANALISIS OWAS DAN RULA KE ATAS OPERATOR PENGENDALIAN MANUAL DI INDUSTRI AUTOMOTIF

A.R.Ismail, Y.M.Lee, B.M.Deros and M.N.A.Rahman

Abstrak: Work related musculoskeletal disorders (WMSDs) merupakan salah satu masalah kesihatan pekerjaan yang terbesar dalam industri. Pekerja industri mudah terdedah dalam ketidakselesaan dan kesakitan semasa bekerja dalam postur yang bermasalah (awkward posture). Selain daripada membawa masalah kesihatan pada pekerja, ia juga membawa kesan jangkamasa panjang terhadap prestasi pengeluaran. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji postur kerja pekerja di industri dan mencadangkan postur optimum pada pekerja tersebut bagi meningkatkan kadar pengeluaran di industri. Projek ini dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu soal selidik ketidakselesaan kerja, analisis postur OWAS dan RULA. Sebanyak 80 borang soal selidik ketidakselesaan kerja diedarkan kepada operator dalam industri automotif untuk mengenalpastikan tahap ketidakselesaan kerja. Analisis postur dilakukan ke atas seorang operator di industri automotif. Postur pergerakan kerja postur akan direkodkan ke dalam perisian WinOWAS dan CATIA V5 R16 dan kedua-dua analisis dijalankan masing-masing. Analisis OWAS dan RULA dapat mengenalpasti postur bermasalah (awkward posture). Melalui keputusan yang diperolehi melalui analisis, perbandingan antara soal selidik ketidakselesaan kerja, kaedah analisis postur OWAS dan RULA dilakukan dan postur yang bermasalah akan diperbaiki bagi mendapatkan postur pergerakan optimum bagi subjek. Terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti semasa kajian ini dijalankan iaitu disebabkan pengunaan hanya seorang sampel sahaja dan pengunaan anggaran sudut badan semasa merekod kerja postur ke dalam perisian. Postur optimum untuk subjek melakukan kerja bagi mengelakkan masalah ketidakselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan dapat diperolehi melalui kajian ini.

Kata Kunci: OWAS, RULA, Postur Awkward, WinOWAS, CATIA, Ergonomik

Fulltext PDF

0 comments :

Post a Comment