Thursday 8 September 2016

KAJIAN BEBANAN MELAMPAU MENGGUNAKAN KAEDAH LUBA DI KALANGAN PEKERJA PEMASANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF DI MALAYSIA

KAJIAN BEBANAN MELAMPAU MENGGUNAKAN KAEDAH LUBA DI KALANGAN PEKERJA PEMASANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF DI MALAYSIA

A. R. Ismail, N.M.F.Fahmi, M.R.A.Mansor and B.M.Deros

Abstrak: Kecederaan di tempat kerja yang berkaitan dengan ergonomik boleh menyebabkan majikan dan pekerja menanggung kos yang tinggi samada di persekitaran kilang mahupun di pejabat. Banyak kilang yang dibina di Malaysia tidak mempertimbangkan keadaan persekitaran kerja yang ergonomik. Ini menyebabkan prestasi perkerja terutama dari sektor pengeluaran mengalami bebanan melampau sekaligus menjejaskan prestasi pekerja terbabit. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap bebanan (excessive loading ) ke atas operator kilang terutamanya operator kilang yang melibatkan pemasangan komponen automotif di Malaysia. Dengan menggunakan analisis LUBA (loading on the upper body) bahagian-bahagian badan yang terdedah kepada bebanan melampau akan dikenalpasti. Kemudian cadangan pengubahsuaian ke atas postur bekerja dan stesen kerja terbabit akan dilakukan bagi mengurangkan kesan bebanan melampau ke atas produktiviti keluaran pekerja terbabit. Sebanyak 80 borang soal selidik yang digunakan untuk menentukan tahap ketidakselesaan telah diisi oleh operator. Hanya seorang subjek dan satu stesen kerja sahaja digunakan dalam kajian ini. Penggunaan perisian CATIA V5 R16 adalah untuk menentukan atau menganggarkan sudut postur yang dilakukan oleh subjek. Kemudian analisis LUBA digunakan untuk mengenalpasti postur yang bermasalah dan sekaligus memperbaikinya supaya mendapat postur yang optimun dan selamat. Beberapa batasan kajian telah dapat dikenalpasti iaitu hanya satu subjek sahaja yang digunakan dan sudut postur yang digunakan hanyalah anggaran yang diperolehi melalui penggunaan perisian.

Kata kunci: ergonomik, LUBA, postur.

Fulltext PDF

0 comments :

Post a Comment