Thursday 8 September 2016

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROSES KAWALAN STATISTIK (SPC) DI INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA: PERMASALAHAN DALAM PERISIAN SPC

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROSES KAWALAN STATISTIK (SPC) DI INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA: PERMASALAHAN DALAM PERISIAN SPC

Rosmaizura Mohd Zain, Mohd Nizam Ab Rahman, Zulkifli Mohd Nopiah, Jaharah A Ghani, Baba Md Deros, Nurhamidi Mohamad and Ahmad Rasdan Ismail

Abstrak: Proses Kawalan Statistik atau Statistical Process Control (SPC) merupakan satu teknik penting dalam kawalan kualiti. Penggunaan kaedah berstatistik ini ternyata dapat mengawal proses pengeluaran serta meningkatkan kualiti produk. Artikel ini menerangkan tentang kajian kes perlaksanaan SPC yang dijalankan di industri pembuatan Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan dalam perlaksanaan perisian khusus SPC serta penglibatan pihak syarikat dalam mengendalikan aktiviti ini.  Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah temuramah serta soal selidik ke atas perwakilan dari setiap syarikat, dan kaedah pemerhatian persekitaran syarikat. Hasil kajian ini didapati bahawa terdapat kelemahan atau permasalahan dalam perlaksanaan SPC di industri pembuatan. Antara permasalahan yang telah dikenalpasti adalah fungsi perisian SPC yang kurang efektif seperti tidak dapat memaparkan nilai data pada masa sebenar (real time data), dan mempunyai fungsi statistik yang terhad, contohnya tidak menyokong pembinaan carta kawalan sifat.  Selain itu, kelalaian dalam mengambil bacaan dan kesilapan memasukkan nilai data oleh pekerja adalah merupakan permasalahan yang terlibat dalam perlaksanaan SPC. Walaupun SPC yang diaplikasi di industri pembuatan adalah terdiri dari pakej perisian yang berbeza, namun ia dapat menawarkan fungsi terbina statistik yang berguna. SPC merupakan satu teknik yang mudah, tetapi implementasi dalam organisasi begitu kompleks kerana ia melibatkan sokongan dari beberapa faktor utama seperti penglibatan pihak pengurusan yang sepenuhnya, memberi latihan dan pendidikan SPC kepada pekerja dan meningkatkan komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan dan operator.  

Kata kunci: Kualiti, Proses Kawalan Statistik (SPC), Pengurusan Kualiti secara menyeluruh (TQM), kajian kes.

Fulltext PDF

0 comments :

Post a Comment